Pada hari ini, sekolah sedang menjalani peperiksaan UPSR bagi tahun 6. Kesempatan ini saya ambil untuk meninjau keadaan sewaktu murid-murid mengambil peperiksaan. Berdasarkan pemerhatian saya, ada 2 orang murid pemulihan khas yang mengambil peperiksaan ini. Maka saya telah bertemu dengan guru tersebut untuk menyanyakan perkembangan murid tersebut.
Beliau menyatakan bahawa beliau yakin bahawa murid-murid tersebut boleh lulus dalam peperiksaan ini. ini berdasarkan statistik yang telah beliau lakukan.
Saya berasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh guru tersebut. Semua guru patut mencontohi kegigihan dan semangat yang ditunjukkan.
Rabu, 10 September 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Memang tengah bersemangat guru-guru Tahun 6 sekarang ni... Tp dalam hati, Tuhan saja yg tahu... mereka pun bimbang sama seperti ibu bapa yg anaknya sedang menduduki peperiksaan UPSR.
Khabarnya soalan matematik 1 arini agak mencabar sket. Apa2 pun kita doakan semua berjaya. anak saya pun sedang menduduki peperiksaan skrg ni. Begitu juga dgn anak En. Hamzah dan Pn. Mariah.
Kepada guru2 dr IPPM yang menjalani praktikum, Selamat menjalani praktikum.
Jgn lupa post refleksi harian kat sini. Di samping tu kena post jugak ler bahan2/artikel selain rekleksi... Jgn hanya refleksi je ya...
Kepada yg belum dapat jadual tu, kena dptkan segera. Dah nak tamat seminggu dah ni..
Folio / jurnal jgn lupa...
Ok, semoga gembira kembali ke sekolah bertemu anak2 didik yang dikasihi.
Catat Ulasan