Selasa, 4 November 2008

KEMBALINYA KE SEKOLAH

Masihkah kau ingat pada waktu itu, datang dan pergi setelah kembali daripada pembelajaran di IPPM. Sungguh rasa bertuah kerana berjaya menghabiskan tempoh pembelajaran tersebut.
Dengan harapan yang baru kembali ke sekolah, memberi sedikit tekanan ketika kembali memulakan kerja. Berusaha menggapai pencapaian yang terbaik untuk penglibatan diri di dalam kerjaya perguruan.

Isnin, 22 September 2008

Hari Kesepuluh Praktikum

Hari ini merupakan hari terakhir saya praktikum. Apa yang saya lalui pada hari ini saya anggap sebagai satu pengalaman yang berharga. Saya merasa bertuah kerana belajar di dalam kdp14m pada kali ini. banyak perkara yang saya pelajari dan juga pengalaman yang saya timba.
Rasanya dengan masa yang begitu singkat ini adalah tidak mencukupi bagi saya untuk menimba ilmu dan juga pengalaman. Saya merasakan lebih banyak ilmu yang saya ketahui lebih maka lebih banyak juga ilmu yang tidak diketahui.
Saya harap saya dapat menambah ilmu pengetahuan pada masa akan datang.

Jumaat, 19 September 2008

HARI KESEMBILAN PRAKTIKUM

Pada hari ini, saya membuat persiapan untuk di pantau oleh pensyarah pembimbing saya. Saya mempastikan segala persiapan pada hari ini berjalan dengan lancar. Program yang saya gunakan untuk projek saya iaitu program exe. Saya memindahkan bentuk fail kepada laman web terlebih dahulu supaya semua komputer dalam makmal boleh membuka program yang saya buat.
Apa yang saya dapat pelajari pada hari ialah bagaimana menggunakan sepenuhnya komputer dengan program yang saya buat. Saya dapati ketika saya menggunakan program ini, murid-murid sungguh berminat dengan program ini.
Setelah sahaja tamat kelas, saya menilai semula program yang saya buat. Saya fikir terdapat beberapa kelemahan yang perlu saya baiki dalam program itu. Saya akan membaiki supaya boleh digunakan pada masa depan.

Rabu, 17 September 2008

HARI KELAPAN PRAKTIKUM

Hari yang kelapan Praktikum adalah hari yang sibuk bagi saya. Saya menyambung semula usaha saya untuk mengatasi masalah komputer yang terdapat dalam makmal komputer.
Antaranya fail hilang, network setting, windows currupted disamping guru yang datang meminta bantuan.

HARI KETUJUH PRAKTIKUM

Hari yang ketujuh, sekolah telah mengadakan sambutan hari penutup kemerdekaan. Saya mengambil kesempatan untuk menyaksikan acara-acara yang telah dijalankan. Antaranya nyanyian lagu patriotik, persembahan sajak dan persembahan daripada murid pendidikan khas. Aktiviti diadakan sehingga waktu rehat.


Disini saya ada sertakan gambar sewaktu aktiviti berjalan.



Selasa, 16 September 2008

HARI KEENAM PRAKTIKUM


Pada hari ini, saya dapat melihat bagaimana perjalanan sewaktu waktu perhimpunan pada hari isnin. Minggu lepas, saya tidak dapat melihat dengan jelas pengurusannya kerana mendaftarkan diri dahulu. Hari ini saya mengambil peluang untuk melihat sendiri perjalanan perhimpunan pagi.

Perhimpunannya agak teratur dimana pelajar lelaki dan pelajar perempuan diasingkan di perhimpunan itu. Ini dapat dilihat dalam gambar di atas.
Di makmal komputer, saya bersama guru penyelaras menyemak komputer yang boleh digunakan dengan komputer yang bermasalah. Beliau meminta bantuan daripada kami untuk melihatkan komputer yang bermasalah.

Isnin, 15 September 2008

HARI KELIMA PRAKTIKUM

Hari ini, saya datang awal ke sekolah semata-mata untuk melihat yang akan dilakukan pada hari Jumaat. Seperti yang saya jangkakan bahawa pada hari Jumaat, semestinya akan diadakan bacaan yasin. Ia merupakan satu aktiviti kerohanian untuk membentuk jati diri murid kepada tuhannya.
Saya berserta Aminuddin turut serta dalam majlis tersebut. Kami bersama-sama dengan guru sekolah membimbing murid membaca bacaan yasin.
Setelah itu, saya mendapat kelas ganti guru pada pukul 8.15 pagi hingga 8.45 pagi di kelas 4 Jaya. Selepas sahaja tamat kelas tersebut, saya pergi ke makmal komputer. Saya diminta oleh guru sekolah untuk membaiki masalah komputer yang sedang digunakan oleh guru itu. Saya mencuba dengan seberapa daya usaha saya untuk membaiki masalah komputer itu.
Saya dapati ada kandungan sistem fail yang hilang. oleh itu, saya memasukkan semula program yang hilang itu. Alhamdulillah masalah dapat diselesaikan.

Jumaat, 12 September 2008

Hari Keempat Praktikum

Ketika saya sedang melayari menggunakan komputer sendiri. kebetulan guru penyelaras makmal sekolah menanyakan saya bagaimana saya boleh mengakses internet. Saya menjelaskan bahawa ip address yang digunakan perlu disetkan. oleh itu, guru tersebut meminta bantuan daripada saya untuk mengakses beberapa buah komputer riba.
Selepas itu, beberapa orang guru datang berjumpa dengan saya untuk tujuan yang saya.
Pada pukul 10.30 pagi, Puan Halimah iaitu pensyarah pembimbing kami datang memantau kami di sekolah. Terdapat beberapa beberapa perkara yang telah kami bincangkan. Perkara utama yang kami yang menjadi perbincangan kami ialah projek yang kami lakukan.
Kami mengucapkan terima kasih atas bimbingan daripada beliau.

Hari Ketiga Praktikum

Pada hari ini, saya telah melihat beberapa buah komputer di dalam makmal komputer tidak dapat memasuki internet. Dengan ini, saya bersama Aminuddin berusaha untuk menyambung internet.

Saya dan Aminuddin telah berjaya memulihkan sebahagian kecil komputer dengan sambungan internet. Masalah yang dihadapi ialah konfigurasi automatic di internet explorer tidak diaktifkan maka kami mengaktifkannya.

Terdapat masalah lain iaitu perisian internet explorer hilang, setting telah diubah serta operation system menghadapi masalah. Kami melakukan dengan sebaik-baiknya.

Rabu, 10 September 2008

Hari Kedua Praktikum

Pada hari ini, sekolah sedang menjalani peperiksaan UPSR bagi tahun 6. Kesempatan ini saya ambil untuk meninjau keadaan sewaktu murid-murid mengambil peperiksaan. Berdasarkan pemerhatian saya, ada 2 orang murid pemulihan khas yang mengambil peperiksaan ini. Maka saya telah bertemu dengan guru tersebut untuk menyanyakan perkembangan murid tersebut.
Beliau menyatakan bahawa beliau yakin bahawa murid-murid tersebut boleh lulus dalam peperiksaan ini. ini berdasarkan statistik yang telah beliau lakukan.
Saya berasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh guru tersebut. Semua guru patut mencontohi kegigihan dan semangat yang ditunjukkan.

Selasa, 9 September 2008

Hari Pertama Praktikum Di Sekolah

Pada hari pertama praktikum di sekolah, saya bersama sahabat saya telah mendaftarkan diri di Sekolah Kebangsaan Duyong. Kami telah mendaftarkan diri pada pukul 7. 20 pagi. Ketika di sana, kami telah bertemu dengan Guru Besar. Layanan yang diberikan sangat baik.
Di awal pagi, kami telah berhimpun di tapak bersama-sama dengan cikgu-cikgu sekolah tersebut. kami telah diperkenalkan kepada semua warga sekolah.
Selepas itu, kami telah bertemu dengan guru besar setelah selesai perhimpunan. Kami telah memberikan penerangan serba sedikit mengenai sekolah ini. Kami amat berterimakasih dengan kerjasama yang telah diberikan oleh pihak sekolah.
Kami telah melawat beberapa bilik-bilik khas di dalam sekolah ini. Di dalam bilik khas banyak perkara-perkara baru yang dapat saya lihat untuk dijadikan pengalaman ke sekolah nanti.
Sekolah ini mempunyai sejumlah 459 orang murid. Manakala guru pula adalah seramai 30 orang.

Jumaat, 5 September 2008

MURNI

Kemurnian adalah kewujudan kelembutan kasih hati insan
 

blogger templates | Make Money Online